Hypoimanism??

05:24

Assalamualaikum readers!

Hari ni dapat satu mesej whatsapp dari group whatsapp budak sekolah.. Sebuah cerpen pendek, yang ada banyak pengajarannya.. Its about our iman.. Let's renew our iman everyday! Semoga hari ini kita dapat menjadi muslim yang lebih baik dari semalam. Syurga Allah itu mahal. Nak yang terbaik, knelah usaha.. Di sini saya sertakan cerpen pendek tersebut..

Ramai yang ambil berat dengan kesihatan fizikal dan emosi masing-maisng. Tapi jangan kita lupa, kesihatan rohani kita lebih utama. Tubuh badan ini adalah pinjaman dari Allah. Tapi di akhirat nanti ibadat dan amal jariah kitalah yg menentukan nasib kita di sana nanti. Apa khabar iman kita hari ini??

p/s: saya xtahu sumber asal cerpen ni, so I don't know who is the author. If the author happens to read this, i am very sorry for not giving you the credit that u deserve..


_________________________________________________________________________________






APR
11
2015
Cerpen : Hypoimanism.


Aiman merenung wajah doktor itu. Doktor it merenung kembali mata Aiman. Masa berjalan sungguh lambat, seolah-olah ada kuasa yang telah menukarkan perjalanan waktu di dunia ini menjadi slow-mo. Hening sahaja, yang berbunyi hanyalah detikan jam dinding di dalam bilik Doktor Fahmi.

Suasana sepi itu dipecahkan oleh helaan nafas yang panjang oleh Doktor Fahmi.

Macam bad news je,” bisik hati Aiman.

Aiman, maafkan saya, but from what I’ve found, awak menunjukkan classic symptoms of hypoimanism.”

Terkebil-kebil Aiman mendengar statement doktor Fahmi. Apa? Hypoimanism? Aiman juga adalah pelajar perubatan tahun 4, sepanjang pengajiannya tak pernah pula dia mendengar term itu.

Doktor Aiman tersenyum nipis, seolah-olah sudah menduga kekeliruan pesakitnya itu.

Ya, hypoimanism. Atau dalam laymen termnya, level iman yang rendah.”

Berkerut-kerut dahi Aiman mendengar kata-kata Doktor Fahmi. He must be kidding, right?

Doktor, with all due respect, saya tak bersetuju dengan diagnosis doktor. Saya tak rasa saya mempunyai level iman yang rendah. Saya menunaikan solat 5 waktu, saya baca juga Al Quran setiap hari, ada setengah orang lansung tak baca doktor. Lepas tu, saya ni selalu juga bersedekah, takkanlah iman saya rendah.”, ujar Aiman bersungguh-sungguh.



Aiman sedar dia mengambil pendekatan defensif, tone suaranya pula agak emosional. Emosional, mungkin kerana di sebalik segala argumennya, hati kecilnya mengiyakan diagnosis doktor itu. Mungkin kerana dia sendiri, merasakan dirinya sudah lain sekarang, sudah jauh dari Dia.

Giliran Aiman pula menghela nafas panjang sambil beristighfar.

Doktor, tadi, doktor ada cakap classic symptoms?” tanya Aiman perlahan. Matanya tertumpu ke bawah, malu untuk bertentang mata dengan doktor.

“Aiman, alhamdulillah awak masih menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim, masih menunaikan solat, masih dibukakan hati untuk membaca ayat-ayatNya, masih dikurniakan nikmat harta dan keringanan hati untuk berinfaq di jalanNya.”

“Tapi Aiman, izinkan saya bertanya, bila kali terakhir kamu beribadah sepenuh hati kepada pencipta kamu? Bila kali terakhir kamu duduk bermunajat seikhlas hati kepadaNya? Bila kali terakhir kamu berdoa bersungguh-sungguh sambil menangis kepadanya?”

Soalan bertubi-tubi dari Doktor Fahmi bagai meletakkan garam di luka. Pedih. Ditutup matanya rapat, tidak mahu cecair tak diingini keluar dari matanya. Kalau tak memikirkan muka macho yang perlu dijaga, sudah lama Aiman menangis di situ.

Aiman, bila last time bangun qiyamullail?”

Aduuh, doktor ni, soalannya memang kena right on the spot. Aiman tahu, dia yang dahulu, memang selalu bangun qiyamullail. Sekurang-kurangnya, sekali seminggu. Tapi, kebelakangan ini…

“Doktor, bukanlah saya tak mahu, saya dah pasang alarm. Cuma saya tak bangun. Lagipun, bukankah ada dalam hadith Rasulullah SAW bersabda,

“Barangsiapa yang tidur sedang dia berniat akan bangun untuk bersolat di malam hari, tetapi dia terus tertidur hingga pagi, ditulis baginya apa yang telah diniatkannya dan tidurnya itu merupakan rahmat Allah kepadanya”

H.R. An-Nasai dan Ibn-Majah“

Ya, hadith inilah yang sentiasa menjadi penyenang hati setiap kali Aiman tidak bangun qiyamullail. Aiman berasa sedikit puas hati sebab mampu untuk quote hadith itu. “See, doktor, saya ini tidaklah seteruk mana.” bisik hati kecil Aiman.

Ya betul hadith tu Aiman. Sahih. Tapi kan Aiman, let’s come back to kenapa kamu tak qiyamullail. Sebab kamu tidur lambat kan? Modern Warfare sampai 2-3 pagi? Sounds familiar?”

Aiman diam. Tiada hadith dapat diquote untuk menafikan dakwaan Doktor Fahmi.

Ini yang saya maksudkan Aiman. Classic symptoms. Apa yang merisaukan saya, saya lihat masa kamu lebih dihabiskan dengan perkara-perkara lagha, hiburan hiburan picisan, rehat berlebihan. Kamu kata kamu sibuk study, tapi kamu tak berenggang dengan Facebook, Twitter dan Instagram. Selepas tu kamu nak chillax, kamu layan pula The Big Bang Theory 3-4 episode setiap hari dan macam-macam lagi. At the same time, amal-amal kamu tidak ubah hanya sebagai rutin harian, yang tak memberi makna pun kepada kamu. Aiman, hiburan itu tak salah, tapi kalau dah berlebihan, akan memakan diri kita, or in this case, iman kita.”,  ujar Doktor Fahmi bersungguh-sungguh.

Aiman tak mampu nak membendung air mata yang dari tadi terkumpul di dalam matanya. Satu persatu air mata jatuh.  Sedih sebab baru menyedari keadaan diri, dan pada waktu yang sama, terharu. Terharu kerana di sebalik setiap perkataan Doktor Fahmi, tiada lansung judgement, tiada langsung nada ‘holier-than-thou’, hanyalah nasihat yang terasa keikhlasannya.

“Aiman, izinkan saya ingatkan kamu satu hadith. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda,

“Di antara tanda sempurnanya Islam seseorang adalah meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat.”

“Aiman, bahayanya chronic hypoimanism ni, adalah kita akan lali dengan keadaan itu, dan merasakan nothing is wrong. Walhal, sebenarnya, jiwa kita sedang sakit. Sepatutnya seorang mukmin itu, bila sedar sahaja imannya turun, cepat-cepat dia cuba naikkan kembali. Kalau kadar gula dalam badan kita rendah, badan kita akan hantar isyarat kepada otak kita bahawa kita lapar. Maka sepatutnya, kalau kadar iman kita rendah, hati seorang mukmin itu patut hantar signal untuk kita kembali kepada Dia!

Aiman tersenyum kecil mendengar analogi Doktor Fahmi.

“Negative feedback?”

“Lebih kurangla..” jawab Doktor Fahmi selamba.

“Prognosis saya doktor?”

InsyaALLAH, good prognosis if proper action taken. Nak tahu tak, Allah berfirman dalam surah Az-Zumar ayat 53,

“Katakanlah, “Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.”

Never lose hope in Him.”

Bukan kali pertama Aiman mendengar ayat itu dibacakan, tetapi inilah kali pertama Aiman benar-benar terkesan dengan ayat itu. Ayat yang memberikan penuh harapan kepada si hamba yang berdosa. Mendengarkan ayat itu, Aiman terus bersemangat untuk memburu kembali level iman yang tinggi, yang pernah dirasainya suatu masa dahulu.

Aiman melihat tepat ke arah Doktor Fahmi. Betapa bersyukur diri Aiman, kerana dipertemukan dengan Doktor Fahmi. Kalau tidak, entah berapa lama dia akan kekal dengan keadaannya itu.

“Doktor, saya nak ucapkan…”

Dahla tu Aiman. Tak payah berdoktor-doktor dah. Kau tu yang lebih ‘doktor’ dari aku. Exam selalu score, aku ni selalu cukup-cukup makan je.”, giliran Fahmi merendah diri.

Haaa, kau ni Mi, selalu dengan inferiority complex kau tu. Nak aku ingatkan Surah Hujurat ayat 13 lagi? Inna akramakum…”

“…’indallahi atqokum” sambung Fahmi tersenyum. “Ya Aiman, aku ingat.”

..Sesungguhnya yang paling mulia dari kamu di sisi ALLAH adalah mereka yang paling bertaqwa. (Al Hujurat:13)



Hakikatnya, Fahmi juga seorang pelajar perubatan tahun 3 seperti Aiman. Bumi Czech menjadi saksi perkenalan mereka, dan di bumi itu juga mereka mengenal erti persahabatan kerana ALLAH yang sebenar.

“Thanks Mi, tegur aku. Lain kali, tegur je aku straight, tak perlu main doktor-doktor ni. Kelakar pulak. Tak pasal-pasal kita cipta penyakit baru.”

Fahmi ketawa, sambil merangkul tangannya ke bahu sahabatnya itu.

Jom, kita tolong each other jadi lagi baik Man.”

Jom.”

_________________________________________________________________________________


Seronokkan ada kawan yang nak heret kita masuk syurga sama-sama.. ^^


You Might Also Like

0 comments