Ikan Singgang Terengganu

19:32

Assalamualaikum..

Hari ni zati nak share resepi ikang singgang style terengganu. en. hubby kita orang terengganu, so lauk singgang ikan ni memang tersangat feveret lah. 2/3 kali seminggu pon xpe. huhu.. senang pon senang.. Kalau time xde selera makan tu, trylah masak singgang ni. Rasa kuah masam2 tu memang membuka selera. Hubby suke sangat hirup kuah singgang ni. Resepi asal zati belajar dari mak mertua. memang lain lah resepi singgang mama and mak. Kalau singgang mama style johor letak bawang besar. Kalau style terengganu mmg xletak bawang besar ok.. Kalau resepi yg ada bawang tu memang bukan ori terengganu lah.. Zati ada jugak google resepi and cari yang paling similar dgn mak punye resepi. And rasanye resepi dari kak madiha lah yang paling hampir. yang lain sume campur bawang besar.. huhu.. Tq akak!

Oh ye, tips makan singgang ni lagi sedap kalau ada budu. Zati org johor ni pon dah suka makan budu taw. huhu.. Nasi panas, singgang ikan, budu, n ulam timun pon dah masyukkk. Makan panas2. sedapnye.. terliur pulak..haha..

Ikan Singgang Terengganu 

Bahan2
2 ekor ikan kembung (ikan tongkol@aye lagi sedap. boleh juga ganti dgn ikan lain yg sesuai)
5 ~ 6 hirisan kunyit hidup (1 inci)
3 hirisan lengkuas
3 ~ 4 keping asam keping (ikut saiz, atau boleh tambah kemudian sekiranya kurang masam)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (sedikit je. untuk tambah warna)
4 ulas bawang putih (hiris nipis)
3 ~ 4 biji cili padi (ikut kepedasan masing2 ye. Kalau zati belah 2 dulu. Tapi mak x belah. Terpulang)
6 batang bendi (optional, kalau ada stok bendi letaklah..)
garam secukupnya
air secukupnya

Cara Penyediaan
1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan kunyit, lengkuas, bawang putih, kunyit serbuk & ikan. Masak sehingga mendidih. Tambahkan asam keping.
2. Masukkan cili padi serta bendi dan garam.
3. Pastikan cukup masin & masamnya. Kalau x cukup masin tmbah garam. X cukup masam tmbah asam keping ye. Bila bendi dah empuk bolehlah matikan api.

Selamat Mencuba!





You Might Also Like

1 comments

  1. Salam singgah.. blog saya https://cararesepi.blogspot.my

    ReplyDelete