Konnichiwa! Travelog Jepun Part 1

04:44

Assalamualaikum..

Lama pulak dah tak update blog kan.. Busy betol sejak akhir2 ni.. Alhamdulillah hari tu dah cerita pasal abstrak dah diterima untuk laTiCE kan.. So sibuk sikit sebab siapkan paper untuk LaTiCE tu.. Alhamdulillah baru je siap dan dah submit pada SV (supervisor for my thesis). Kite tunggu je lah feedback dari SV untuk penambahbaikan nanti..

Ok. Untuk post kali ni nak cerita pasal pengalaman pergi Jepun hari tu. Dah lama dah. dah hampir 2 bulan kot..hehe.. tapi tetap nak share jugak kat blog sebab sebelum pergi Jepun hari tu banyaklah cari info dan tips untuk ke Jepun. Tapi tak banyak jumpalah.. Lagipon lepas balik dari Jepun tu aku kene buat laporan. Dah alang-alang buat laporan tu baik amek share masuk blog kan. So rugilah kalau xshare dengan orang lain. Sharing is caring.. Harap2 nya perkongsian ni dapat jadi panduan untuk sesiapa yang mahu ke Jepun..

Tujuan aku ke Jepun hari tu sebab aku terpilih untuk menyertai International Student Seminar yang diadakan di Toyohashi University of Technology (TUT). TUT ni terletak di Toyohashi, Jepun. Toyohashi ni adalah satu bandar kecil dan tak terkenal sangat kat Jepun. Kalau kat Jepun, Toyohashi ni kiranya macam kawasan pekan kecil lah.. Tapi pekan2 dia pon, memang canggih lah.. Tak nampak langsung macam bandar kecil.. Kami tak berkesempatan untuk ke Tokyo. Jadi tak boleh lah nak bandingkanlah dengan Tokyo..

Rombongan kami terdiri daripada 6 orang pelajar dan 2 orang staff UTM.


Dari kiri Yusra, Ejan. Dr. Azurah, aku, Wen Jie, Azizol, dan Pei Fen. Tiada dalam gambar, Puan Rahimah.

Program ISS tu sebenarnya bermula dari 2 September 2013 hingga 10 September 2013. Tapi kami bertolak pada 1 September 2013. Saje je bertolak awal sebab nak sampai awal.. Selain dari UTM dan TUT, program ISS ni turut melibatkan pelajar-pelajar dari Institut Teknologi Bandung (ITB) dan Ho Chi Minh University of Teechnology (HCMUT). Ok lah sebagai pengenalan cukuplah tu kan. Nanti berjela-jela sangat korang malas pulak nak baca..hehe.. Nanti next entri aku cerita lebih detail ye.. Till nest time, Assalamualaikum..



You Might Also Like

0 comments