Marhaban ya Ramadhan
09:17Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah..esok genap seminggu kita berpuasa untuk tahun 2015 ni..
Bagaimana ramadhan anda tahun ini? Semoga ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Sudah masuk seminggu. tinggal lagi 3 minggu je kita bersama dengan bulan barakah ini. ayuh! jangan kita sia2kan bulan rahmat ini. Mari lipat gandakan usaha kita mengumpul pahala. Jadikan setiap perkara yang kita lakukan menjadi ibadah kita. Mandi ibadah, makan ibadah, pergi kerja ibadah.. Bagaimana?
Jawapannya dengan niat sahaja.. Setiap amalan dimulakan dengan niat. Allah menilai amal kita melalui niat kita. Kalau niat untuk riak dan berbangga diri, hanya dapat perngiktirafan manusia sahaja tapi zero untuk saham akhirat. Tapi, kalau niat kita baik, in sha Allah akan diberi ganjarannya. Walhal, sebelum kita laksanakan pon Allah dah bagi pahala niat. Contohnya, kita nampak seorang makcik yang susah. Takda makanan untuk berbuka puasa. Kita pon berniat nak belanja makcik tu. Sekali bila buka beg, dompet tertinggal di rumah. Tak dapat lah kita nak belanja makcik tu. Tapi, jika niat kita ikhlas kerana Allah taala, in sha Allah pahalanye tetap ada. Sama juga dengan berdakwah. Katakanlah kita sudah bersemangat nak cerita tentang Islam dengan sahabat non-muslim kita. Dah siap sedia dengan pamplet semua. Tapi tunggu2 depan pintu library, takde siapa pon datang library hari tu. Takpe, Allah pandang usaha kita, bukan produk akhir...
Jadi berbalik kepada persoalan makan dan mandi menjadi ibadah, bagaimana? Dengan niat. Niatkan bila makan, aku makan nasi kerana Allah taala. Agar aku sihat dan bertenaga untuk beribadah kepadaNya. Aku mandi ni untuk kebersihan. Allah suka pada kebersihan dan aku mandi agar dapat menambah kekhusyukan dalam ibadahku.. Mudah kan?
Begitu juga dengan sunnah-sunnah nabi. Jika kita makan dengan tangan kanan dengan niat mengikut sunnah nabi, maka insha Allah dapatlah pahala mengikut sunnah nabi. Tapi kalau sebab kebiasaan, rugilah kita.. Banyak lagi sunnah Rasulullah s.a.w yg dah jadi kebiasaan dalam hidup kita. Contohnye mandi hari jumaat. Rata2 kita semua mandi pagi, termasuklah pagi hari jumaat. Tapi adakah kita berniat mandi sunat jumaat? selain itu, banyak lagi sunnah2 lain yang dah lama jadi gaya hidup kita. Yang membezakan antara amalan itu ibadah atau gaya hidup adalah berdasarkan dengan niat sahaja. Simple kan?
Apa lagi ibadah yang kita boleh tambah dalam bulan Ramadhan ni? Apa kata kita berhenti dengar muzik2 biasa dalam bulan ramadhan ni. Ajar kan telinga kita ni dengan bacaan ayat al-quran. Lagi elok kalau bacaan surah yang kita hafal. Sambil mendengar, boleh mengaji sekali. Pahala mendengar ayat quran dapat, pahala mengaji pon dapat. Ala kalau dalam kereta, dalam bas, sementara tunggu waktu buka, sementara tunggu turn nak masuk toilet, buka je bacaan quran ni.. Setiap masa kita dengar bacaan al-quran ni, mengalirlah pahala kita..In sha Allah.. tapi yang penting niat mesti betol ye. Jangan sebab nak menunjuk2 berlagak alim pulak...
Di sini saya ingin kongsikan grafik2 menarik mengenai ibadah2 ringkas yang kita boleh buat sepanjang ramadhan ni. Untuk wanita yang ber'cuti' pon ada ibadah yang boleh dilakukan. Jangan sia2kan ramadhan anda. Anggaplah ini ramadhan terakhir kita. Lipat gandakanlah setiap amalan kita..
0 comments