Tips Melancong Ke Luar Negara

07:51

Assalamualaikum...

Rasanya sebelum aku update entri untuk travelog Jepun, lebih elok kalau aku share tips untuk melancong ke luar negara untuk orang2 yang first time nak g oversea.. Ceh macam bagus je nak bgi tips melancong ke luar negara kan..hehe.. Takdelah.. ini sekadar panduan untuk sesiapa yang tak pernah travel ke luar Malaysia.. Aku pon bukannya banyak pengalaman sangat. Tapi bolehlah kalau nak dikongsikan sebagai panduan kot..hehe


  • Visa

Semak dari sumber yang betul sama ada korg perlu buat visa atau tidak untuk lawatan korg ke negara yang korg nak pergi tu. Macam negara Jepun, baru bulan ogos 2013 kalau tak silap aku, diorg umumkan rakyat Malaysia tak perlu lagi buat visa untuk ke sana. Tapi itu pon bergantung kepada tujuan lawatan dan berapa lama korg nak berada di sana. Make sure passport korang pon passport yang terbaru. Jika tarikh passport korg dikeluarkan SEBELUM FEB 2011, maka korg PERLU buat visa untuk ke Jepun. Yang negara lain aku tak pasti..

Untuk ke Jepun, pastikan passport korg ada logo camera kat cover 
depan macam passport yang belah kiri tu ye..



  • Travel Insurance
Insuran ni penting ye kawan2.. As the proverb says 'Malang Tidak Berbau'. Kita travel memang lah niat nak suka2 jalan2 bukan nak g berperang pon kan.. Tapi mane lah taw kalau tiba2 diduga dengan kemalangan atau kapal terbang dirampas, atau worst case senario, kematian, Nauzubillah.. Mudah-mudahan dijauhkan dari sebarang musibah.. tapi kalau korg ada melanggan insuran, mudah dan selamat sikit. Jangan fikir tak penting ye. Kalau korg travel ke negara yang mempunyai nilai mata wang yang lebih tinggi dari Malaysia, boleh bayangkan tak kos perubatan di sana? kalau kene masuk hospital, 1 hari dah berapa ringgit kan. Kalau ada insuran terjamin sikit. In case kalau ada kematian pon, insurans akan support expenses untuk bawak balik jenazah ke tanah air.. Lagipon insuran ni bukannya mahal sangat. Sangat affordable. Ada banyak provider untuk travel insurance ni. Hari tu aku pergi Jepun aku amek insuran Takaful Kembara dari Takaful Ikhlas. Murah je.. Aku tak ingat berapa ringgit tapi rasanye tak sampai RM50 untuk 11 hari.. Harga travel insurans ni ikut jumlah hari kite nak travel, dan coverage jenis2 kemalangan yang boleh claim. Ada insurans tu siap cover untuk flight delay lagi..huhu.. Tapi untuk mereka yang selalu travel, better amek travel insurance yang untuk setahun. Lebih jimat. Pape pon, aku highly recommend korg amek travel insurance.. Safety first ok.

  • Cuaca
Yang ni pon penting jugak. Buat lah research mengenai negara yang korang nak pergi tu. Penting untuk korg decide nak bawak baju ape. Lagi2 kalau korang nak travel ke negara 4 musim. Takde lah nanti korg bawak baju2 yang selalu guna kat Malaysia, tapi bile sampai sana musim sejuk pulak. Haru.. Nak beli kat sana boleh, kalau kocek korg tebal lah..

  • Solat
Ok yang ni teramat penting ok. Where ever you are, jangan tinggal solat! Janganlah bagi alasan takde tempat solat atau susah nak amek wudhuk. Aku paham kalau kite kat negara org ni, toilet dia bukan macam toilet Malaysia yang setiap toilet ada air paip. Kalau kat oversea, mostly toilet hanya ada tisu paper. Kalau nak cuci2 muka kene g sinki. Kat sini kenelah korg kreatif ye. Selalunye aku akan sparekan 1 botol air kecik yang kosong dalam beg. Nanti sampai toilet isilah air kat sinki. Cuci muka, tangan, anak rambut kat sinki je. Nak cuci kaki gunalah air dalam botol yang korang dah isi tu. Tapi jaga2 ye. Toilet diorg memang kering. Diorg tak suka toilet yang basah2 n lecak2 ni. So pandai2 lah korg ye.. 

Untuk menentukan waktu solat, biasanya aku akan search internet untuk tahu waktu solat di daerah tu. Aku cari waktu solat yang untuk sebulan. Kemudian, aku print screen je kat ipad. So senanglah. Takdelah nanti bila takde internet kita tak tahu waktu solat. Kalau korang pandai baca bayang2 matahari takpelah. Tapi kalau waktu tu hujan? atau waktu malam? Camno nak cari bayang tu.. Aku pon tak pakar dalam bab ni. Solusi yang paling mudah bagi aku, cari waktu solat awal2 dan save.

Untuk arah kiblat, aku memang ada beli kompas kiblat. Kecik je kompas kiblat ni. Senang nak selit dalam beg. Aku beli online kat mudah.my. Harga termasuk pos dalam RM15- 20.. Aku punye kompas kiblat macam gambar kat bawah ni.


Cara nak bacanye, Cek indeks kawasan korg berada dari buku kecik yang disediakan tu. Contoh indeks kawasan korang 180. So gerakkan kompas tu sampai anak panah merah tu berada pada nombor 180. Kiranye korg mengadap ke kedudukan menghala ke indeks 180. Arah kiblat untuk kawasan tu mengikut arah yang gambar macam kaabah tu. Faham ea..

Kat mane nak solat? Pilih lah kawasan yang tak ramai orang. Masa kat Jepun tu, aku pernah solat mangrib kat dalam fitting room. Fitting room dy besar lah jugak. Nak masuk  fitting room kene bukak kasut. So bersih lah bilik tu. Aku berlakonlah konon2 nak try baju. Bawak lah baju satu. Tapi baju tu aku guna untuk alas tempat sujud. Ganti sejadah..huhu..

Fitting room

Solat dalam fitting room. Alhamdulillah arah kiblat pon kat penjuru bilik. 
Kalau mengadap ke muka pintu rasanya macam sempit sikit..

Aku pernah jugak solat kat baby room, kat bilik meeting, kat dalam kapal terbang, kat lobby hotel, kat airport aku solat kat bahagian yang tak ramai orang lah.. Memang ada je orang yang nengok kami pelik bile solat kat airport tu. Tapi kami biarkan saje..

Time ni kami solat di airport hong kong. Transit masa nak ke Jepun.

Ini pon kat airport hong kong jugak. Transit masa nak balik Malaysia.

Ini sejadah mini aku yang aku sentiasa bawa ke mana2. Nipis je. senang masuk beg.

Owh ye. Untuk yang perempuan, solat tak semestinye kene pakai telekung kan.. Asalkan dah tutup aurat dengan sempurna, dah boleh solat. Atas nasihat seorang kawan aku, dia kata kalau solat kat tempat awam ni kalau boleh jangan pakai telekung. Bukan apa takut nanti diorang pelik dan takut. huhu..  Pada aku bile kite solat macam ni, seronok sebenarnye. Mungkin ada orang rasa leceh dan malu untuk solat in public. Lagi2 bile kita di negara yang majoriti penduduknya not yet a muslim. Tapi pada aku, aku rasa puas bile dah menunaikan solat dengan extra effort ni. Dan buat aku terfikir, dan experience sendiri yang we can solat every where. Cari je tempat yang bersih dan tak ramai orang. Sayangnye bile kat Malaysia ni sebahagian besar dari kita mesti fikir kalau nak solat je mesti cari surau. Kadang2 bile tak jumpe surau sampai tinggal solat. Ataupun sesetengah orang perempuan, bagi alasan tak solat sebab tak da telekung. hish..jangan macam tu ye.. 

Owh ye. Lagi satu, petua Ustaz Don bile nak bermusafir ni, buatlah solat sunat musafir dulu.. Solat nye ringkas. 2 rakaat je. Mudah2an berkat solat musafir, perjalanan kite dipermudahkan..


  • Universal Travel Adapter
Ok yang ni pon penting ye. Ceh macam semua je penting aku ni kan..hehe.. Yelah dah zaman canggih gini, semua orang mesti ada pakai device yang kene recharge kan.. Macam laptop, handphone, tablet.. So bile nak ke luar negara, bawak lah Universal Travel Adapter ni. Bukan apa, kat Malaysia kite punya plug kebanyakannya tiga pin kan. So kebanyakan charger kite pon 3 pin. Tapi ada negara yang soket elektrik mereka 2 pin. So kita guna lah Universal Travel Adapter ni untuk jadi 'perantara' charger 3 pin kite dengan soket elektrik 2 pin depa tu.. Contohnye macam dalam gambar ni.. 


Nilah contoh Universal Travel Adapter tu. Harga tak mahal, dalam RM21 kot yang aku beli tu. Entahlah. tak ingat.. Boleh beli kat pasaraya ye. Jusco, Giant, ada je jual.. nengok kat bahagian adapter atau extension plug.. 1 jenis boleh bertukar kepada macam2 jenis. Universal lah katakan.. Kalau tak bawak ni, teruk jugak korang. Takleh nak guna barang elektrik le.. Belilah dari Malaysia lagi. Nak beli kat negara luar mahal oi...


Setakat ni itu saja kot tips2 yang aku teringat. Nanti kalau ada tips lain yang aku ingat aku tambah ye.. Harap tips ini dapat membantu korg. Selamat bercuti.. Owh ye. sebelum terlupa, bila kat airport tu jangan lah korang leka dengan beg korg ye. Mane lah tau ada orang selit barang ke dalam beg korg tu. And korg jangan baik hati sangat nak bwakkan beg orang yang korg tak kenal ye.. Tak pasal2 korg jadi keldai dadah pulak nanti kang.. huhu.. Assalamualaikum..



You Might Also Like

0 comments