Konnichiwa! Travelog Jepun Part 2

20:51

Assalamualaikum..

Wah! lama gile  tak update blog kan..hehe walaupon xde orang peduli, tapi nak bagi tahu jugak. Lama tak update ni sebab busy siapkn tesis.. almaklumlah.. student kan...hehe.. so sekarang nak sambung lagi travelog g jepun tu..walaupon dah berbulan2 yang lepas punye cerita, tapi still nak upddate gak. mane lah tahu boleh jadi rujukan sesiapa nanti kan..huhu..

Ok seperti yg dah cerita sebelum ni, rombongan kami terdiri dari 6 pelajar dan 2 orang staff UTM, Dr. Azurah dan Puan Siti Rahimah a.k.a Kak Imah. kak Imah datang lewat sikit, dalam hari ke 3 atau ke 4 mcam tu. Dr. Azurah datang naik flight SIA. Dr  naik flight dari Changi Airport. Flight SIA ni direct flight dari Singapore to Jepun. Takde transit. Memang senang lah kan. Tapi mahal sikit lah tiket nye.. Untuk staf pengiring pelajar, tiket flight ditanggung sepenuhnye oleh pihak TUT (host university).

Tapi untuk peserta macam kami ni, tiket flight kami tanggung sendiri. Tapi setiap pelajar dapat peruntukan dari UTM. so kami  tambah sikit jelah untuk tiket flight tu.. Sebabkan nak tiket murah, survey punye survey, kami decide nak naik Cathay Pacific. Not bad lah kan..

Disebabkan time pemilihan dan pengumuman peserta ISS tu dibuat dalam musim cuti semester, kami peserta2 ni tak pernah buat meeting rasmi. berbincang pon kat facebook je. First time masing2 jumpe each other kat airport KLIA..huhu..yelah semua dudok jauh kan..


Nilah rombongan kami.. tapi time ni Yusra xde.dia tengah beratur nak amek tiket..kami yang lain ni dah print tiket siap2. kami check in online je.. senang sikit. xpayah nak beratur panjang kan..time kami tengah sibuk2 kat bag drop counter tu aku perasan amoi2 mcam excited tengok2 sorg mamat ni. Ceh nampak sangat aku ni busy body..huhu.. yelah diorg excited betol.siap amek2 gambar lagi. aku tanya lah pei fen dengan steven..artis ke mamat tu.. nengok ramai amek gambar dgn dia..rupenye dia tu memang artis..artis hong kong..huhu..


no no no.. bukan jejaka biru ni yg artis..yg kat belah kiri pakai topi and spec hitam tu lah yg artis hong kong tu..

Flight kami transit di Hong Kong.. best jugak airport HK. besar and selesa. 

Nampak luas kan airport dia? ni kat bahagian menunggu yg dekat dengan boarding gate tu..


Flight kami sampai awal dari Dr. Azurah. Awal dalam 12 jam gitu. Memang kami plan nak sampai awal pon.. So bile sampai sana, dalam waktu malam tu, kitorg check in hotel. Mula2 tak de plan nak check in hotel. Ingat nak stay kat airport je. tapi masing2 pon dah penat, and keadaan airport pon mcam xbest je nak tido situ malam tu, so kami decide nak check in hotel.. Chubu airport ni bukan kat tengah bandar Nagoya, Chubu airport terletak di 'artificial island' so jauh sikit dari tanah besar. Hotel yang ada kat situ pon ada 3 je. tapi memang banyak bilik n dekat sangat dengan airport. And memang setiap beberapa minit, akan ada shuttle bus dari airport nak ke hotel. Jadi tak perlu risau kalau beg berat..

Ni dalam shuttle bus..takdelah bus dangat.. more to van kot..huhu  sori gambar pecah.amek guna ipad tapi time tu gelap. bile tambah lighting gini le jadi nye.. ha yg kat belakang skali pakai tudung coklat tu lah yusra.. please anticipate for Yusra's photo.. she love to make funny face..huhu

We spend the night in Toyoko Inn. Room rates x ingat tapi nanti saya upload pic resit hotel nanti korang nengok lah ye..hehe.. M angat nk g cek.. the room is really nice and comfortable. walaupon agak sempit. bilik untuk berdua, tapi kami masuk je 4 orang..hehe nak jimat punye pasal..first time masuk bilik hotel jepun, macam2 facilities diorg provide kat dlam tu..


Beg agak bersepah sebab masing2 beg besar, space agak limited, ginilah jadinye..huhu

jom kite nengok apa yang ada dalam bilik hotel dia..

kettle yg cute miut..

peti keselamatan.. jgn main2 uolls..

apakah bende sekeping hitam ini/ out of curiosity, aku belek2, then..

It's a trouser press! xpernah aku jumpe seumur hidup ku..huhu

n selipar hotel..yg ni biasalah kan..

Toilet pon ok. bersih je..owh. nampak x toilet dy jenis apa? kalau kat Jepun ni pegi mane2 mmg toilet tembak2 jelah semua..Bagus jugak bile gune mesin ni. takdelah nanti public toiletnye basah lecak..

Breakfast memang disediakan untuk 2 orang. sebab memang room for 2 kan.. Tapi kitorg tido memang tak sedar langsung. eh ada ke org tido sedar? huhu.. maksud aku, nyenyak nye kami tido sampai x sempat nak bangun siap utk breakfast. penat sangat agaknya..kami sedar pon sebab jejaka2 tu ketuk pintu kami ajak pegi breakfast. dengan baru bangun tidonye, toilet pulak 1, memang x lah kan..pei fen je wakil bilik kami yang pegi breakfast..hihi..

Lepas siap2 smua, kami check out and naik shuttle bus ke airport sebab nk tunggu Dr. Azurah sampai.. Sampai kat airport tu, dah ada 2 orang pelajar TUT yang tunggu kami di situ. Diorg terkejut kami tegur dari belakang and x expect kami dah sampai sejak malam tadi sebab mereka diberitahu untuk datang pick up dalam pkol 9..hehe..memang kitorg saje je xnk susahkan pihak TUT..memang nak suroh diorg pick up kami saing2 dengan Dr. Azurah..

Bersama Shota Suzuki (yes, he's driving a suzuki swift car) dan Daiki Okomoto. comel je daiki bawak payung kan? huhu kalau kat Malaysia susah betol nak jumpe lelaki bawak payung. prempuan pon sama. kecuali amoi2. amoi2 memang rajin bawak payung kan? bukan ape, kat Malaysia ni kite jarang hujan..dan bile hujan tu, memang bermusim. so boleh agaklah cuacanye. tapi kalau kat Jepun, cuaca diorang ni x menentu. Setiap pagi sebelum kluar rumah pergi kerje, org Jepun akan nengok ramalan cuaca dulu. Kalau kite, memang xde maknanye nak pay attention pada ramalan cuaca tu kan..hehe 

Selepas Dr.Azurah sampai, kami amek2 gmbar sikit kat airport, dan terus bergerak ke hotel rasmi kami yang akan kami duduk sepanjang program ni berlangsung. Shota dan Daiki ajar kami naik tren. dari proses beli tiket, sampailah naik tren.. 

ok. nengoklah kat map railway tu kite nak stop kat stesyen mane. lpas tu beli lah guna mesin tu..

Nilah tiket tren nye..

In the train.. Daiki and Shota yg gentlemen and makesure we are comfortable along the journey..


Ni lah stesyen train toyohashi..



this little girl caught my attention! Kawaii~

Stesyen train toyohashi tu tak jauh dari hotel kami, Toyotetsu Terminal Hotel. Jalan dalam 5 minit dah sampai dah. Tapi sebab beg kami besar dan berat, lambat jugaklah kami jalan..hehe.. Sampai kat hotel, ada sorang staff TUT yang tunggu kami di lobi hotel. Kami diberi tiket bas untuk digunakan untuk naik bas ke TUT sepanjang program ni.. Kami dapat bilik sorang satu. Syok giler.. Tak pernah aku dok hotel sorang2 sebelum ni..huhu..selalu dudok hotel mesti dgn familly. kalau pergi rombongan tido ngan kawan2..Bilik hotel sangat2 best! lokasi pon dekat dengan stesyen train dan bas. kat bawah tu ada banyak kedai2 24 jam macam 7-11 kat Malaysia ni.. cume view je yg x berapa menarik..and dalam bilik xdapat wifi sebab diorg provide cable internet..x best lah gitu kan..zaman sekarang ni ramai pakai tablet dan smartphone..mane kami nak cucuk cable tu..tapi nasib baik Azizol, Steven dan Pei Fen ada kawan bawak laptop, so bergilir lah setiap hari diorang buat hotspot.. Apart from that, condition bilik hotel sangat selesa dan bersih. Toilet kami di provide dengan sabun, shampoo,conditioner dan face soap jenama shiseido ok.. 


Bilik cantik2 ni terasa syok je membayangkan akan ddok sini lama2.hehe..After check in hotel, kami berkumpul kejap di bilik saya. Dr.Azurah yang naik flight dari Singapore, bawakkan kami Murtabak Singapura. wah..syok je makan murtabak di negara orang..hehe..Kami decide petang nanti dalam pkol 2 kami nak kluar jalan2 di sekitar kawasan hotel..

Petang tu seperti yang dijanjikan kami jalan2 sekitar hotel. Xde nak membeli belah sangat pon. saje jalan2. sekali jumpe dengan kedai 100yen ni. haha seronoklah kami.. 100 yen tu sama dengan rm3.50. barang2 dia macam kat Daiso Malaysia ni.. tapi lagi murahlah..kat malaysia barang kat Daiso RM5..kedai 100yen yg kami pergi ni namanya MEIHO..

Paham x dy tulis pe? M-E-I-H-O.. (ye ye je aku translate ni..)

Kami x beli banyak pon..tapi lama jugaklah kat dalam tu..ak banyak beli krayon. krayon murah gile..48 batang RM3.50..murah kan? pikir2 kat malaysia memang x dapat ni..aku pon borong banyak..untuk ape? nanti2 lah aku kongsikan ye..hehe..


Kawasan sekitar. Masa ni baru lepas hujan renyai. Tu yang macam lengang sikit kot..

Amek gmbar ngn sorang student situ. Yelah jakun sikit. selalu nengok pakaian seragam ni dalam komik and movie Jepun je..hehe..

Kat sana, memang ramai yang pakai basikal. Keadaan kat sekitar tu pon memang selamat untuk penunggang basikal.. Yelah cuaca diorang pon nyaman je nak cycling kan.. Kalau kat Malaysia ni tengah2 ari buta nak cycling memang gagah lah..


Ok. yang mane sebenarnye subject ak? tu ha..budak sekolah pakai beg biru tu..aku snap gambar dy sebab nak tunjuk kat adik aku yg beg sekolah mcam ni memang ada..bukan dalam movie je..huhu..

Malam tu, kami ada informal dinner bersama2 dengan pserta2 ISS yang lain..kami makan kat kedai makanan laut dan kami dihidangkan dengan sashimi.. cantik2 makanan yang dihidangkan..





Nampak fresh kan? Kat Toyohashi ni makanan laut memang fresh..sebab dia dekat dengan laut.. lagipon orang Jepun kan rajin makan sashimi dan sushi.. so bile nak makan makanan mentah, kesegaran ikan tu sangat penting. 

kami dudok semeja dengan pelajar dari Vietnam dan Jepun. Diorang selamba je minum beer sebelah kami..huhu..mula2 pelajar Vietnam tu macam serba salah gak, tapi bile pelajar Jepun tu offer nak orderkan beer, diorg pon terima je.. Aku minum fresh oren jelah..tapi Ezzani, pelajar Malaysia yang belajar di TUT kenalkan kami dengan air calpis. aku dengan ejan mula2 rasa sikit, pastu sedap pulak.terus kami tambah order air.hehe..sedapnye.. terasa2 pulak kat tekak ni..huhu..

Time ni sebelum balik kami amek gambar di hadapan restoran ni..time ni ramai dah balik. kitorg je yg seronok sangat berborak dgn bdak2 malaysia yg study TUT tu..

oklah. panjang sudah cerita utk post kali ni. skejap guna saya, skejap guna aku..haish..harap maaflah ye di atas kerojakan bahasa ini..yang penting mesej nye sampai..hehe..Till next entry, assalamualaikum..
























You Might Also Like

0 comments