Festival Konvokesyen UTM ke 51

18:42

Assalamualaikum...


Hari ni dah masuk hari ke 6. Festival Konvokesyen atau Fesko ke 51 ni sudah bermula sejak dari 23 oktober yang lepas lagi. Dulu kami panggil pesta konvo je.. Tapi sekarang dah rebranding jadi Fesko. Fesko ni adalah salah satu event terbesar di UTM yang diadakan bersempena dengan Majlis Konvokesyen yang diadakan setiap semester. Cuma bezanye, ada konvo kecik, dan konvo besar. Konvo besar ni lebih ramai graduan yang akan konvo. So bile ramai yang konvo, lebih meriahlah..

Apa yang menariknye dengan Fesko ni? Jawapan nombor nombor satu pastilah kerana banyak gerai2 jualan. Harga pon memang murah berbanding dengan kedai2 di luar. Antara barang2 yang menarik perhatian orang pompuan semestinya telekung, kain sutera batik, baju kurung ready made, kain pasang, jubah, tudung, dan blouse. Harga memang sangat berpatutan ok.. Jauh beza dengan harga kat Plaza Angsana tu..dan kalau membeli tu jangan lupe tawar menawar ye..

Untuk muda mudi pulak, Fesko ni ada sediakan macam2 aktiviti. Kalau yang lelaki tu mungkin berminat dengan game2 seperti street soccer, pameran kereta, dan sebagainye. Biasanya pada malam perasmian dan penutup untuk Fesko ni akan ada artis jemputan. Kalau time saya konvo dulu, Dato' Siti Nurhaliza yang datang ok..kelas tak kelas lah..huhu.. Dan untuk Fesko kali ni Anuar Zain, Mawi, Jambu, dan Balck akan datang buat persembahan.

Untuk makanan pulak, memang banyak gerai makanan yang dibuka di Fesko ni. Terutamanya gerai sup, dan gerai char kuey teow. Gerai goreng2 macam nugget, fishball, keropok lekor, pon ada. Kebanyakan student UTM akan lepas geram makan char kuey teow ni time Fesko lah.. Sebabnye, kat Jb ni susah sikit nak cari char kuey teow.. Nak cari pon susah, nak dapat yang sedap lagi lah susah kan.. 

Oklah dah cukuplah tu promote sal Fesko ni. Tinggal lagi beberapa hari je lagi. Jemput lah datang ke Fesko ye. Bawak duit banyak2. Anda pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong..hehe..owh ye. Ini saya sertakan tentatif untuk sepanjang program Fesko ni ye..



You Might Also Like

0 comments